Sunday, December 15, 2019

BBN3402Satu2019: Minggu 7













NURUL AMIRAH AISHAH BINTI OSMIRA (186765)

RUMUSAN BUKU WACANA

Kajian wacana meliputi tiga kajian iaitu kajian wacana tekstual lirik lagu, wacana tekstual cerita sosial dan ujaran dalam kanak-kanak autisme. Kanak-kanak autisme ialah kanak-kanak yang mengalami gangguan perkembangan saraf yang menyebabkan kesukaran berkomunikasi, menjalani interkaktif sosial dan masalah tingkah laku. Nilai sosial wajar diterapkan dalam kalangan kanak-kanak autisme supaya mereka memahami nilai tersebut dan dapat bersosial dengan orang lain.Terdapat lima buah lagu yang dicipta oleh Universiti Putra Malaysia melalui “Model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak” dan lima buah cerita sosial yang bertitik tolak daripada lagu tersebut. Analisis wacana tekstual dianalisis melalui lirik lagu dan cerita sosial manakala ujaran kanak-kanak dianalisis dengan mengambil kira ujaran kanak-kanak terhadap lirik lagu dan cerita sosial tersebut.
Nilai sosial bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan peribadi mulia. Negara akan aman dan sejahtera sekiranya wujud nilai ini dalam diri. Nilai sosial diterapkan dalam kumpulan masyarakat dan indvidu seperti keluarga, jiran tetangga, pelajar sekolah, pelajar universiti, masyarakat setempat dan individu. Nilai sosial boleh disebarkan dalam bentuk ujaran, lisan, teks atau tulisan seperti cerita, lagu dialog dan sebagainya. Nilai sosial dalam kajian ini terbahagi kepada tiga iaitu nilai sosial dalam cerita sosial, nilai sosial dalam lagu kanak-kanak dan nilai sosial dalam kalangan kanak-kanak autisme. Nilai sosial juga memberikan pandangan yang psitif terhadap seseorang dan ciri-cirinya adalah seperti watak yang dicontohi, perwatakan yang mempunyai nilai, plot yang menarik, latar cerita yang pelbagai dan berkaitan, teladan yang baik, budaya dan emosi yang positif.
Terdapat tiga kajian semuanya. Metodologi ketiga-tiga kajian ini menggunakan pendekatan analisis wacana iaitu dengan menganalisis tiga elemen iaitu kandungan, konteks dan andaian. Sampel kajian ini terdiri daripada kanak-kanak autisme (mild austime dan Sindrom Asperger) yang berumur 9-12 tahun. Bahan kajian ini ialah mengandungi lima buah lagu iaitu “Keluarga”, “Saya Istimewa”, “Diri”, “Saya Faham” dan “Saya Tahu” serta lima buah cerita sosial iaitu “Keluarga Saya”, “Saya Yang Istimewa”, “Nenek dan Datuk”, “Hati” dan “Jiran”.
Kaedah temu bual dilakukan dalam kajian yang ketiga, iaitu wacana ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme. Pelajar ini akan ditemu bual setelah mereka diperdengarkan cerita sosial itu selama 14 minggu. Temu bual dan pemerhatian itu dirakam supaya setiap perkataab yang diujarkan dan bahasa badan dapat dianalisis.
Bahagian keputusan dan perbincangan akan membincangkan tiga kajian analisis wacana yang dijalankan iaitu analisis wacana tekstual lagu nilai sosial “model penceritaan nilai sosial melaui cerita kanak-kanak”, analisis wacana tekstual nilai sosial dalam cerita sosial dan analisis ujaran dalam kalangan kanak-kanak autisme.
Model Penceritaan Kanak-kanak mempunyai lima buah lagu iaitu “Keluarga”, “Diri”, “Saya Yang Istimewa”, “Saya Tahu” dan “Saya Faham”. Kelima-lima lagu tersebut merupakan lagu berbentuk puisi dan lirik lagu mempunyai kisah yang berlainan.
Konteks dalam model Penceritaan Nilai Sosial Melalui Cerita Kanak-kanak menunjukkan konteks yang berbeza seperti konteks emosi yang terdapat dalam kelima-lima buah lagu ini ialah sama. Contohnya kelima-lima lagu ini mempunyai emosi yang sama iaitu emosi gembira kerana kanak-kanak ini berasa gembira apabila dengan ibu bapa.
Kajian ini amat penting dan bermanfaat terhadap masyarakat keseluruhannya. Model Penceritaan Cerita Sosial Melalui Cerita Kanak-Kanak dapat membantu dalam memberikan kesedaran terhadap kanak-kanak istimewa. Kanak-kanak autisme memerlukan kita semua. Ayuh, bantulah! (503 patah perkataan)

CERITA PROF DR. NORMALIZA (email)
Semasa Bacelor dan Master beliau mengambil kos TESL. Namun beliau tidak berniat untuk menyambung PhD TESL dan beliau mengambil kos Teknologi. Dalam teknologi boleh gabung semua termasuklah bahasa, psikologi, sastera. Mula-mula Prof jumpa dengan penyelia, beliau terkejut kerana penyelianya bercakap seorang diri. Kemudian prof kata 'sorry' untuk kepastian sama ada penyelianya bercakap dengannya. Prof dah cuak dan mula bergerak mengesot sedikit berdekatan pintu semasa penyelia beliau membuka surat dengan pisau.Rupa-rupanya penyelia beliau bukan seorang ahli pakar teknologi , tetapi teknologi alam sekitar. Yang selalu nampak duduk tepi jalan tu. Prof terus tukar penyelia dan ambil orang lain. Namun penyelia yang ni kejap ada kejap tak ada, Kebetulan Universti Nottiggam baru buka dekat Semenyih jadi penyelia tu asyik ulang alik dari Malaysia. Prof seorang anti-sosial. datang kelas selalu duduk depan. Tapi orang selalu nak ambil prof masuk dalam kumpulan mereka sebab prof siapkan kerja awal. Buat hari esok dah siap. macam kelas ni lah. Tak perlu fikir dateline 2 minggu lagi. hantar hari ni kerja dah siap. Kalau prof banyak cerita macam lecturer lain mesti prof menyesal. Namun prof selalu pergi kenduri dan duduk hujung-hujung. Kalau jumpa saudara-mara prof buat-buat kenal dan bersembang dengan mereka. Cerita pasal kedai kopi dan mengaku pernah pergi. Sampai tanya anak dan anak pun tak tahu. terima kasih prof sebab cerita dekat kami.

SURAT UNTUK ADIK
Safra! Safra sihat tak? Dah lama kakak tak hantar surat dekat Safra. Mesti Safra rindu kakak kan? Kakak dah agak dah yang Safra rindu kakak. Hari tu mama ada cakap dekat kakak yang Safra dapat nombor terakhir dalam kelas. Mama cakap Safra malas belajar lepas tu Safra dah pandai main telefon mama kalau mama tak nampak. Safra janganlah macam tu. Safra kan dah nak UPSR tahun depan. Safra kena belajar.
Sebenarnya kan, kakak ada cerita nak beritahu Safra ni. Cerita pasal Mentadak Mentadu Yang Pemalas. Safra kenal kerengga tak? Ni gambar kerengga (kakak tahu yang Safra tahu. Kakak saja je J)

Kerengga ni berkawan baik dengan Mentadak Mentadu. Kakak yakin Safra tak kenal mentadak mentadu. Ni kakak bagi gambar haiwan tu.

Mentadak Mentadu seekor binatang yang pemalas. Hari-hari dia asyik minta Kerengga membawakan makanan untuknya. Kerengga terlalu sayangkan Mentadak Mentadu dan dia ikutkan sahaja permintaan Mentadak Mentadu. Pada suatu hari, semasa Kerengga sedang berehat, Sesumpah datang memberitahu bahaya Mentadak Mentadu sedang menangis. Safra nak kenal sesumpah tu macam mana? Macam nilah sesumpah. Cantik kan?

Kerengga terus pulang dan dia melihat Mentadak Mentadu berubah menjadi besar dan dia sukar untuk melompat. Dia menangis. Puas Kerengga dan Sesumpah memujuk. Dia tetap menangis. Tiba-tiba Siput Babi menghampiri mereka semua. Siput Babi tu cakap dekat Mentadak Mentadu, jangan malas dan letakkan matlamat untuk berjaya. Bak kata pepatah ”When you aim for SUCCESS,NEVER QUIT!” Sejak itu, Mentadak Mentadu rajin membantu Kerengga untuk mencari makanan.
Jadi Safra faham cerita kakak kan? Jangan malas ya sayang sebab “Our SUCCESS and FAILURE is in the hands of God NOT PEOPLE…TRUST GOD!”. Safra kena percaya yang Tuhan akan membantu Safra kalau Safra rajin belajar. Kakak sayang Safra sangat-sangat. Jangan lupakan kakak tau. Kakak nak tidur dulu ya, Safra. Jangan cakap dekat mama tau. Ni siput babi untuk Safra J.

Kakak yang sangat jelita,
Amirah aisyah

No comments:

Post a Comment

Sometime Good Sometime Not

Aduhaii.. acano la ehh.?? Sometimes okay la duk sini.. Sometimes rasa nk quit je.. T.T