Thursday, December 5, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Buku Eh!!! Media Sosial

Haii. Hari Selasa lepas aku tak sempat nak masuk kelas amali prof sebab aku ada pembentangan. Tapi kerja tetap jalan juga. Jadi aku tak kisah sebenarnya sebab tugas pelajar memang untuk belajarkan  Jadi, kelas hari Selasa kena buat ulasan tentang buku Eh!! Media Sosial yang kami beli daripada prof dengan harga RM60 .. Kalau nak boleh calling-calling. :-)





Dalam buku Eh!!! Media Sosial terdapat 8 bab yang berkaitan dengan media sosial. Bab 1 buku ini bertajuk Media Sosial: Gambaran Keseluruhan. Bab ini menerangkan gambaran keseluruhan mengenai media sosial dan merangkumi kegunaannya dalam kehidupan seharian. Bab 2 buku ini bertajuk Twitter dan trend terkini. Twitter merupakan platform untuk anak muda menyampaikan maklumat terkini dengan cepat dan efisyen. Seterusnya, Facebook juga masih digunakan dan dibincangkan dalam bab 3 buku ini. Kegunaan Facebook masih lagi relevan dalam kalangan pelajar dalam menjalankan aktiviti pembelajaran mereka lebih-lebih lagi kemahiran membaca dan menulis. Seterusnya dalam bab 4, buku ini membincangkan keseronokan media sosial Instagram. Instagram telah menjadi pilihan atau platform kegemaran kepada penggemar-penggemar media sosial di seluruh dunia.
Selain itu, penggunaan email juga diterangkan dalam bab 5. Email sangat berguna kerana ia memudahkan urusan komunikasi dalam kalangan masyarakat. Penggunaan email masih lagi meluas kerana ia merupakan ‘ibu’ kepada seluruh media sosial. Bagi mereka yang mempunyai email, mereka juga boleh berkomunikasi dalam blog. Dalam bab 6, ia menerangkankan mengenai kegunaan blog. Aktiviti penulisan blog merupakan aktiviti berguna kerana ia bukan sahaja sebagai platform untuk menyampaikan maklumat tetapi ia juga boleh menjadi tempat pelajar meluahkan perasaan dan meningkatkan keyakinan. Kesemua kegunaan platform media sosial seperti twitter, facebook, instagram, email dan blog diterangkan dalam buku ini. Selain itu, isu penggunaan jaringan sosial juga turut dibincangkan dalam buku ini menerusi bab 7 buku ini. Isu seperti penyalahgunaan rangkaian turut dibincangkan dalam buku ini. Bab 8 merupakan bab yang terakhir dalam buku. Bab ini menerangkan implikasi pedagogi seperti menghasilkan perbualan yang relevan dan berlatih penggunaan bahasa sasaran. Secara keseluruhan, buku ini memberikan banyak manfaat dalam menerangkan penggunaan media sosial seperti menyampaikan maklumat yang bermanfaat kepada orang lain.


Rujukan:


Noraein Mansor & Normaliza Abd Rahim. (2017). Eh!!! Media Sosial. Kuala Terengganu: Penerbit UMT

Penulis: Prof. Dr. Noraein Mansor & Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim

Harga Buku: RM60

No comments:

Post a Comment

Sometime Good Sometime Not

Aduhaii.. acano la ehh.?? Sometimes okay la duk sini.. Sometimes rasa nk quit je.. T.T