LONG SHOT PEMANDANGAN
Gambar ni diambil di belakang FBMK. Ia dikenali sebagai long shot kerana gambar tersebut diambil dengan jarak jauh. Jauhnya gambar ni sampai nampak sebahagian bandar KL. Kegigihan mendaki bukit untuk mendapatkan pemandangan yang menarik, membuatkan kami semua redha. Biar letih mendaki bukit, asalkan kita semua berpuas hati. Fighting!!!!
Demi mencari gambar long shot, kita merayau sampai ke Port Dickson ya. Bukan calang-calang buat kerja kali ini. Kelihatan hotel itu seperti hotel berhantu di siang hari. Namun itu bukan hotel berhantu, apatah lagi Hotel Del Luna. Pengunjungnya juga merupakan manusia dan bukannya hantu seperti drama tersebut. Jangan takut dan jangan bimbang kerana anda tidak akan ditempatkan di Bilik 13 ya. Bilik 404 pun tidak sama sekali.
Gambar salah seorang ahli kumpulan aku. Rumah yang dikelilingi oleh suasana hijau yang mendamaikan. Alhamdulillah, walaupun dia balik kampung tapi masih mengingati untuk memgambil gambar long shot untuk kumpulan kami. Terima kasih, Sarah. ♡♡♡
LONG SHOT PEMANDANGAN & MANUSIA
Percutian kami ke Cameron Highlands. Orang Inggeris cakap short escape. Kalau dah pemandangan cantik, buat apa tak abadikan dalam kamera. Iphone X pun jadi tak berguna kalau tak pandai nak ambil gambar kenangan. Terima kasih pelancong lain kerana sudi masuk dalam gambar kami.
Seketul IOI yang masih diselubungi jerebu. Baru teringin nak mencari IOI, namun sudah dijumpai beberapa hari kemudian. Saki baki jerebu masih kelihatan di situ. Semoga IOI berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kalau batuk berterusan, sila berjumpa dengan IOI Puchong untuk mendapatkan rawatan.
Tiba-tiba teringat lagu Eagles.
"Welcome to the Hotel California" malangnya ini bukan di California tetapi di kawasan UPM saja. Tak perlu pergi California kalau nak gambar cantik. Depan Canselori Putra pun boleh dapat. Kegigihan nak ambil gambar macam ni, sampai jammed jalan tu sekejap. Lepas ni dah boleh tukar lagu Eagles tu jadi,,,,,
"Welcome to the Canselori Putra"
No comments:
Post a Comment