Sunday, October 20, 2019

BBM3410Satu2019: Instagram Minggu 6

Aku Dan Gambar


Sesetengah orang suka ambil gambar. Suka rakam kenangan mereka dalam bentuk gambar. Malangnya seketul Amirah Aisyah tak suka ambil gambar. Aku hanya ambil gambar bila perlu. Dan ini diri aku beberapa tahun lepas. Tapi masih terbawa-bawa sikit sampai sekarang. Sekarang ni tak adalah liat sangat kalau orang ajak bergambar. Kalau orang yang suruh aku ambil gambar, memang jadi masalah, sebab aku tak pandai nak ambil gambar. Macam mana nak kasi cantik semua tu. Sekarang ni okay sikit sebab dah belajar asas fotografi dalam kelas prof. Eh, cakap banyak pulak! Aku sebenarnya nak tunjuk 2 gambar aku dekat Instagram. Jangan muntah pulak yaaaa.. HAHAHAHAHAAHAHAHA.....

Ni gambar 1, aku namakan dia Dinding Pencari Jodoh


Sebanarnya dinding tu biasa je, tapi aku suka sangat latar belakang dinding tu. Pasal jodoh pulak, kebetulan masa aku tengah ambil gambar, ada mamat yang aku minat dari sem 1 lalu. Terus aku senyum seikhlas hati biar cair hati dia tengok aku. Tapi dia terus berlalu dan tinggalkan aku bersama dinding ni. Haih filem Maleficent lagi best daripada cerita aku ni. HAHAHAHAHA. 

Gambar 2: Pelamin orang lagi cantik


Ni majlis adik kawan aku. Aku ni kalau majlis orang yang aku tak kenal tak ada makna aku nak buat macam ni. Nasib baik majlis adik member aku je. Kebetulan pakai baju kelabu, pengantin pun baju kelabu dan semua orang ingat aku pengantin perempuannya. Alahai makcik mana ada pengantin perempuan tak mekap lawa-lawa. Aku pegi situ pakai bejak dengan lipstik je sebab malas nak pakai mekap tebal. Haaa lepas majlis ni, aku bertukar menjadi 'hater' kepada teman lelaki kawan aku sendiri. Pasal mamat tu, nanti aku cerita. 

Sayonara, Selamat tinggal, Alvida, Goodbye..... 






Tuesday, October 8, 2019

BBM3410Satu2019: Ulasan Bab 6 Blog Di Dalam Kelas Bahasa

Bab ini membincangkan tentang blog. Blog merupakan satu medium perbincangan bertulis sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal (Normaliza Abd Rahim,2014). Ia boleh digunakan untuk tujuan  peribadi serta kerjaya. Blog senang diuruskan dan sentiasa dikemas kini oleh pentadbirnya. Menurut Li & Chignell (2010), blog merupakan salah satu rangkaian sosial dan medium komunikasi, bloh membolehkan pengguna utnuk berinteraksi dengan penulis blog yang lain. Menulis blog merupakan aktiviti yang berguna utnuk meningkatkan keyakinan dalam menulis. Blog mula pada atas talin pada 1991 dalam World wide Web dan ia mempunyai tiga ciri utama iaitu pautan ke area yang lain dalam web, mempunyai komen pada pautan dan interaktif serta berkait. Menurut Ferdig & Trammell penulisan blog mestilah memenuhi syarat-syarat menulis.

Blog ialah laman web yang dikemas kini dan mengikut susunan kronologi dan bahasa yang digunakan juga tidak formal dan kurang terhad (Nowson, 2006). Berdasarkan Zaini et al. (2012) blog juga mampu mendidik penggunanya untuk membentuk kenmahiran menulis dalam pembelajaran bahasa. Ia memberi peluang kepada pengguna untuk mempelajari istilah-istilah baharu dalam blog. Penulisan blog antara lelaki dan wanita juga berbeza (Zaini et al. 2012). Terdapat lima cirri bahasa yang berbeza dalam penulisan blog antara lelaki dan wanita iaitu, unsur kesangatan (intensifiers), unsure penegasan (hedging), oenambahan soalan (tag questions), kata sifat kosong (‘empty’ adjective) dan kata keterangan (adverb).

Blog menjadi popular disebabkan ia privasi dan unik untuk penulis meluahkan idea mereka. Ia mampu menaikkan motivasi serta keyakinan diri penulis untuk terus menulis dalam blog. Kajian menunjukkan bahawa blog merupakan alat padagogi  dalam kelas ESL (Inggeris sebagai Bahasa Kedua). Terdapat 10 cara penulisan blog yang baik (Normaliza Abd Rahim, 2014). Antaranya ialah tajuk yang menarik, cerita menarik, ayat yang humor dan sebagainya. Oleh sebab itu, blog patut dperkenalkan dalam kalangan pelajar untuk mempelajari bahasa kedua.

Kesimpulannya penggunaan blog adalam pembelajaran bahasa terbahagi kepada tiga iaitu blog dalam pn=engajian kesusasteraan, blog dalam pembelajaran bahasa dan blog dalam pembelajaran teknologi. Penulisan blog juga dapat meningkatkan motivasi dan keyakinan dalam penulisan.

Wednesday, October 2, 2019

BBM3401Satu2019: Bird Eye View (Wakanda Production)

Bird Eye View

Pemandangan dari Blok P7. Nampak kecil je orang tu. Angkat barang nak pergi mana tu? Janganlah nak pindah pergi blok sebelah pula. Dekat sebelah tak ada blok tapi ada tasik saja. Nak berkelah tepi tasik agaknya. Nanti jangan lupa ajak kami sekali, bolehlah kami berkelah dengan awak berdua nanti. 

Suasana trafik di Lebuh Silikon. Kelihatan masih banyak kenderaan yang diparkir di bahu jalan. Maklumlah pada waktu pagi dan cuti, kebanyakan pelajar masih belum bangun. Sebab mereka malas nak tinggalkan katil empuk yang baru tukar. Seronok betul dapat tilam baru. Kami yang perempuan je masih guna tilam lama. Apa kaitan gambar ini dengan tilam? Terima kasih Ayob sebab sudi bagi gambar ni dekat kami. HAHAHAHA.  




Daratan yang luas. Pemandangan tempat paling tinggi di Kolej Serumpun. Seronok dapat menikmati kesegaran angin pagi. Kolej Serumpun sering dimomokkan dengan panggilan kolej buangan dan buruk. Ketahuilah bahawa anda sebenarnya salah tafsiran selama ini. Kolej Serumpun pun ada pemandangan yang cantik juga. Korang je yang tak teroka lagi. Jadi selepas ini, SILA TEROKA LAGI dan cari keindahan Kolej Serumpun.

BBM3401Satu2019: Over The Shoulder (Wakanda Production)


OVER THE SHOULDER



Bahu: Amira

Drama Payungku Dikebas Orang. Drama ni belum keluar dekat tv lagi. Diharapkan drama ini akan mendapat sambutan seperti drama Suamiku Encik Sotong. Agak klise kalau drama percintaan menjadi temanya. Jadi aku angkat tema perebutan payung antara tiga rakan karib yang menyebabkan hubungan mereka menjadi renggang. Kenapalah payung juga yang korang rebutkan? Beli barukan senang. 












Bahu: Aqilla

Tajuk filem ini ialah Dendam Aqilla. Percutian empat orang gadis bertukar menjadi tragedi apabila setiap seorang daripada mereka ditemui mati dalam keadaan yang mengerikan. Siapakan sebenarnya Aqilla dan apakah hubungan Aqilla dengan keempat-empat gadis tersebut. Filem ini akan menemui anda di pawagam pada 30 Oktober 2020.


Bahu: Nana

Filem pendek terbitan MalamIni House mendapat kutipan tertinggi di Youtube. Cerita ini mengisahkan tiga orang kawan baik yang teringin makan di KFC. Namun nasib tidak menyebelahi mereka, apabila hanya sebuah motosikal sahaja yang berjaya mereka pinjam. Filem pendek ini menyaksikan keutuhan dan ketabahan tiga sekawan ini menempuhi dugaan bersama sebuah motosikal untuk memenuhi keinginan mereka untuk makan di KFC.

BBM3401Satu2019: Mug Shot (Wakanda Production)


MUG SHOT 


1. FAIZAH (SEDIH)

Dia tengah sedih sebab kehilangan duit RM1 gara-gara terleka menikmati aiskrim Malaysia berperisa coki-coki.



2. AYOB (SERABUT)

Dia tengah serabut memikirkan kerja yang semakin banyak dan dia juga membuat kerja sambilan iaitu menjadi "rider" untuk Food Panda.


3. WANI (TERUJA)

Tersenyum lebar apabila dia mendapat tahu bahawa kekasih hatinya yang bernama "BebiCute" bakal pulang ke tanah air. 

BBM3401Satu2019: Medium Shot (Wakanda Production)

MEDIUM SHOT MANUSIA

1!

2!

3!

senyum!!!

Maaf aku tak pandai nak senyum. Kalau aku senyum, mata aku akan hilang. Jadi aku pilih untuk sengih. Tapi malangnya mata masih tidak kelihatan. Nasiblah mata sepet. T_T
Amira: Sarah, jom ambil gambar kat sini.

Sarah: Jom.

Amira: Macam bangunan berhantu. Nanti pandang atas tau. Kita buat macam bangunan ni betul-betul berhantu.

Sarah: Haa boleh.

Maka kami pun bergambar dengan bangunan yang disangkakan berhantu ini.



Empat sekawan menuju ke kafe setelah 4 hari tak makan akibat jerebu. Gara-gara jerebu, semua malas keluar. Dah macam beruang kutub semua, bila ada matahari baru keluar cari makan. 

MEDIUM SHOT PEMANDANGAN & MANUSIA


Boleh pula dia nak main-main. Aku dah lambat nak kejar bas kat depan. Kalau aku tertinggal bas, semua salah kau. Nak buat drama korea pun tunggu lah kita naik bas dulu.


Mereka nak ikut payung tu terbang sama ke? Eh tunggu dulu, bayar hutang aku 50 sen dulu. Lepas tu baru boleh ikut payung tu.



Panas terik kat sini, takpelah. Nasib baik aku baik hari ini. Bolehlah kongsi payung dengan dia. Nantikan demam, susah pulak.

BBM3401Satu2019: Long Shot (Wakanda Production)






LONG SHOT PEMANDANGAN


Gambar ni diambil di belakang FBMK. Ia dikenali sebagai long shot kerana gambar tersebut diambil dengan jarak jauh. Jauhnya gambar ni  sampai nampak sebahagian bandar KL. Kegigihan mendaki bukit untuk mendapatkan pemandangan yang menarik, membuatkan kami semua redha. Biar letih mendaki bukit, asalkan kita semua berpuas hati. Fighting!!!!







Demi mencari gambar long shot, kita merayau sampai ke Port Dickson ya. Bukan calang-calang buat kerja kali ini. Kelihatan hotel itu seperti hotel berhantu di siang hari. Namun itu bukan hotel berhantu, apatah lagi Hotel Del Luna. Pengunjungnya juga merupakan manusia dan bukannya hantu seperti drama tersebut. Jangan takut dan jangan bimbang kerana anda tidak akan ditempatkan di Bilik 13 ya. Bilik 404 pun tidak sama sekali.


Gambar salah seorang ahli kumpulan aku. Rumah yang dikelilingi oleh suasana hijau yang mendamaikan. Alhamdulillah, walaupun dia balik kampung tapi masih mengingati untuk memgambil gambar long shot untuk kumpulan kami. Terima kasih, Sarah. ♡♡♡



LONG SHOT PEMANDANGAN & MANUSIA



Percutian kami ke Cameron Highlands. Orang Inggeris cakap short escape. Kalau dah pemandangan cantik, buat apa tak abadikan dalam kamera. Iphone X pun jadi tak berguna kalau tak pandai nak ambil gambar kenangan. Terima kasih pelancong lain kerana sudi masuk dalam gambar kami. 



Seketul IOI yang masih diselubungi jerebu. Baru teringin nak mencari IOI, namun sudah dijumpai beberapa hari kemudian. Saki baki jerebu masih kelihatan di situ. Semoga IOI berada dalam keadaan sihat sejahtera. Kalau batuk berterusan, sila berjumpa dengan IOI Puchong untuk mendapatkan rawatan.








Tiba-tiba teringat lagu Eagles.
"Welcome to the Hotel California" malangnya ini bukan di California tetapi di kawasan UPM saja. Tak perlu pergi California kalau nak gambar cantik. Depan Canselori Putra pun boleh dapat. Kegigihan nak ambil gambar macam ni, sampai jammed jalan tu sekejap. Lepas ni dah boleh tukar lagu Eagles tu jadi,,,,,

"Welcome to the Canselori Putra"

BBM3410Satu2019: Close-Up (Wakanda Production)

Assalamualaikum dan hai kawan-kawan sekalian.

Alhamdulillah masih hidup lagi blog ini. HAHAHAHAHA. Sekarang aku nak memperkenalkan ahli kumpulan yang ditubuhkan beberapa minggu lepas. Orang kata tak kenal maka tak cinta, tapi kalau dah kenal, cinta ke? Okay lawak hambar. Nama kumpulan kami ialah WAKANDA PRODUCTION. Bukan Wakanda Forever ya tapi Wakanda Production. Minggu lepas kami dah belajar tentang asas fotografi dalam kelas Prof, sekarang ni masa untuk aku persembahkan apa yang kami belajar dalam kelas menerusi blog ini. Marilah kita mulakan.

CLOSE UP (MANUSIA)


Gambar pertama merupakan seketul Qamarina yang tengah menikmati haruman bunga terbiar dalam kawasan taman universiti. Benar dia menikmati haruman bunga terbiar itu atau sengaja membuat gaya sebegitu untuk menarik minat aku untuk mengambil gambarnya? Bukan main seronok  dia pejam mata untuk aku tangkap gambar dia. Dah cukup!!!! NEXT
Ini seketul Amira yang baru lega daripada sengsara menadah muka untuk diconteng oleh kawan-kawannya. Selepas dipaksa menconteng muka, mereka memaksa dia untuk mengambil gambar untuk melengkapkan tugasan ini. Namun kata-kata Prof masih melekat dekat kepala aku iaitu, REDHA. Jadi aku pun dengan redha mereka untuk mengambil gambar close-up aku dan diletakkan dalam blog ini. SETERUSNYA!!!!!
Close-up ini bukan close-up misteri nusantara tapi close-up misteri Fiza. Ini bukan gambar gadis Arab yang diidamkan oleh jejaka diluar sana. Dia hanyalah seorang gadis Melayu yang penuh adab sopannya. Lirikan mata yang penuh misteri membuatkan hati jejaka di luar sana tidak keruan. Namun, adakah terselit keayuan dibalik niqab yang dipakainya itu? Tanyalah tuan punya badan sendiri. Aku pun taktahu. 













CLOSE-UP (BUKAN MANUSIA)


Sekeping duit RM1 yang ditinggalkan. Kenapalah mereka pergi ambil gambar duit ni ? Lagi elok duit tu bahagi 11 orang, lepas tu beli aiskrim Malaysia seorang satu. Jangan tinggalkan duit merata-rata sebab aku ni mata duitan. RM1 pun aku ambil kalau orang nak bagi. Barang percuma, siapa yang taknak. Lagi-lagi duit walaupun RM1. Rezeki jangan ditolak. Tapi kalau dah duit tu bukan kau punya, jangan gatal tangan nak ambil pula. Tak pasal-pasal dapat dosa percuma.












Milik siapakah cermin mata ini? Orang selalu cakap kalau pakai cermin mata mesti orang tu "NERD". Kau salah fakta agaknya. orang pakai cermin mata mestilah sebab rabun. Cuma gaya cermin mata mereka saja yang berlainan. Daripada rabun terus dapat gelaran "NERD", tak faham aku dengan pemikiran orang ni. Tak pun mesti kau cemburu sebab kau tak pakai cermin mata. Selalunya orang pakai cermin mata ni comel dan bila mereka tercari-cari cermin mata mereka tu, lagi terserlah kecomelan mereka. :-)
Close-up terakhir iaitu bunga matahari. Aku suka bunga ni sebab ia mengingatkan aku dekat kuaci. Kuaci tu memang kudapan kegemaran aku. Sebungkus kuaci boleh habis kalau layan movie dekat Netflix. Nasib baik aku tak pandai nak kutip biji bunga matahari. Kalau pandai, agaknya tak berbuah bunga tu sebab aku kutip biji dia buat kuaci.







Okay. Selesai untuk gambar pertama. Nanti jumpa post seterusnya. Selamat malam semuanya. ZZZZZZZ





Tuesday, October 1, 2019

BBM3410Satu2019: SUATU KETIKA

Assalamualaikum dan hai semua. Hari ini aku nak cerita pasal keluarga kecil aku. Nama ayah aku Osmira bin Jusoh dan mak aku pulak nama Noriah binti Mohamed Nor. Mereka kahwin pada 5 Mac 1995 dan setahun lepas tu barulah aku keluar tengok dunia. Mak aku cakap dulu berat aku 2.6 kg masa keluar tengok dunia. Setahun lepas tu, adik aku pulak keluar tengok dunia, namanya Aina. Aku tak sempat nak bermanja lagi dah dapat adik baru pulak. Okaylah rezeki dapat adik baru. Aku dengan Aina memang rapat macam isi dengan kuku. Dalam umur aku 7 tahun, aku dapat seorang lagi adik perempuan. Nama adik aku yang ni Aimey. Aimey ni istimewa sikit sebab kulit dia agak gelap berbanding kami berdua. Waktu dia kecil dulu aku panggil dia Su sebab aku ingat dia yang terakhir.

8 tahun selepas itu
Mak aku mengandung lagi. Kali ni mak aku tak beritahu orang yang dia tengah mengandung. Kelahiran kali ni berlaku kejutan sebab mak aku kena tahan dekat wad selepas bersalin. Selepas mak aku bersalin, uri terlekat dalam rahim menyebabkan mak aku terpaksa di tahan oleh pihak hospital. Kejutan seterusnya ialah apabila mak aku melahirkan adik lelaki, namanya Aidil. Aku dah seronok waktu tu, sebab aku bosan asyik bergaduh dengan adik-adik perempuan sahaja. Semasa aku tingkatan 5, aku dikejutkan dengan berita yang aku akan mendapat adik baru lagi. Perasaan aku waktu itu tidak terkata. Aku tengah ambil SPM waktu itu dan ayah aku telefon cakap mak aku dah selamat bersalin adik perempuan. Aku terkejut sebab aku tak tahu yang mak aku mengandung waktu tu. Tiba-tiba dapat adik baru, masa aku tengah menduduki peperiksaan kertas Kimia. Adik bonsu aku bernama Aireen.

Itulah cerita tentang kelahiran aku dengan adik-adik aku. Sekarang ni, mereka semakin menbesar dan kami yang sedia maklum membesar semakin tua. Aku harap keluarga kecil aku ni bahagia sampai Jannah. Amiin.

BBM3410Satu2019: TIP BELAJAR DENGAN MUDAH

Assalamualaikum semua.....

Inginkan tips belajar? Dari zaman UPSR lagi orang cari tips nak berjaya dalam pelajaran. Aku guna tips ni dari zaman sekolah sampai sekarang. Insyaallah berhasil kalau dengan izin Tuhan. HAHAHAHAHAHA

Sometime Good Sometime Not

Aduhaii.. acano la ehh.?? Sometimes okay la duk sini.. Sometimes rasa nk quit je.. T.T