Tuesday, November 26, 2019

BBM3410Satu20019: Ulasan Buku kajian Wacana dan Strategi komunikasi: Teori dan Aplikasi Normaliza Abd Rahim (2019)

Hello hai..

Hari ni aku nak bagi rumusan bab demi bab buku Prof iaitu Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Moh la kita baca.




Buku Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori dan Aplikasi merupakan sebuah buku yang mengandungi teori dan pendekatan yang boleh digunakan dalam penyelidikan. Bahan yang digunakan dalam penyelidikan ini ialah cerita kanak-kanak dan lagu. Dalam bab 1 buku ini mengandungi pengenalan kepada kajian wacana serta definisi yang diberikan oleh tokoh. Bab 2 buku ini pula menjelaskan teori dan pendekatan yang digunakan. Terdapat lima teori dan pendekatan dalam buku ini. Antara yang dikemukakan dalam buku ini ialah Teori Analisis Wacana Brown & Yule (1983), Teori Analisis Wacana Stubbs (1983), Teori Analisis Wacana Kritis van Dijk (1977), Pendekaatan Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018) dan Teori Analisis Wacana Normaliza Abd Rahim (2018). Bab 3 buku ini membincangkan tentang analisis wacana tekstual dan ujaran. Dalam bab ini, buku ini menerangkan kajian analisis wacana yang dilakukan terhadap lirik lagu, ujaran kanak-kanak autisme, dan cerita sosial. Sampel kajian ini terdiri daripada kanak-kanak austime (mild autism dan Sindrom Aspenger) yang berumur Kajian ini memperlihatkan nilai sosial yang diterapkan dalam bahan kajian untuk memahamkan kanak-kanak tersebut agar mereka boleh berkomunikasi dengan orang lain. Setiap kajian yang dijalankan menggunakan pendekatan analisis wacana yang menganalisis tiga elemen iaitu kandungan, konteks dan andaian.
Bab 4 buku ini pula menerangkan tentang strategi komunikasi yang digunakan sebagai percubaan sistematik oleh pelajar untuk memecahkan kod dalam bahasa sasaran. Dalam bab ini juga, penulis membincangkan ujaran yang dituturkan oleh manusia juga berkait dengan strategi komunikasi. Bab 5 membincangkan tentang taksonomi dan pendekatan strategi komunikisasi. Dalam bab ini, penulis membincangkan tentang elemen-elemen yang berkaitan dalam strategi komunikasi. Ia bermula dengan kajian terdahulu yang dilakukan oleh Tarone pada 1977 dan terdapat lima elemen strategi komunikasi yang dikemukakan oleh beliau. Kemudian, kajian seterusnya dijalankan oleh Johnstone (1989) dan sebanyak Sembilan strategi komunikasi oleh beliau. Taksonomi strategi komunikasi juga dilakukan oleh Dornyei dan Scott (1997) dan sebanyak 12 taksonomi dikemukakan oleh mereka. Kajian yang dijalankan oleh Normalliza Abd Rahim (2018) merupakan penambahbaikan daripada kajian-kajian lepas dan beliau telah mengemukakan sebanyak 16 strategi komunikasi. Bab 6 buku ini ialah analisis strategi komunikasi dalam kanak-kanak. Kajian ini dilakukan untuk melihat perkaitan strategi komunikasi dengan ujaran kanak-kanak. Bab 7 merupakan bab akhir dalam buku ini. Bab ini membincangkan tentang cadangan kajian akan datang dan penyelidik boleh menggunakan teori dan pendekatan dalam buku ini. Semoga buku ini boleh membantu penyelidik-penyelidik untuk menjalankan kajian dalam anaisis wacana.

Normaliza Abd Rahim. (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi. Kuala Terengganu: Penerbit UMT.


Harga buku: RM20

No comments:

Post a Comment

Sometime Good Sometime Not

Aduhaii.. acano la ehh.?? Sometimes okay la duk sini.. Sometimes rasa nk quit je.. T.T