Tuesday, September 24, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Cerita yang paling saya tak dapat lupakan apabila saya terjatuh semasa hendak pulang ke kolej semasa tahun pertama di UPM. Kebetulan pada hari itu saya terlibat dengan 2 program dalam satu hari. Program pertama saya terlibat dengan Sukan Kolej dan program kedua ialah Program Night Walk ajuran kolej di Bukit Ekspo. Setelah selesai program pertama di Pusat Sukan dalam 6.00 petang, saya terus pulang ke kolej dan bersiap-siap untuk menghadiri program seterusnya pada jam 7.00 petang. Namun, takdir tidak menyebelahi saya ketika itu apabila hujan turun dengan lebatnya padaa petang itu. Pada pukul 7.10 petang, saya dengan berat hati meredah hujan lebat untuk menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa pendaftaran program tersebut. 

Pada pukul 7.30 malam, peserta program mula membanjiri Bukit Ekspo untuk menyertai Program Night Walk. Setelah hampir sejam menguruskan bahagian pendaftaran peserta, saya terpaksa pulang ke kolej untuk menukar seluar kerana seluar saya terkoyak terkena buju meja. Saya memberitahu Zu yang saya terpaksa pulang untuk menukar seluar dan akan datang kembali selepas menukar seluar. Dalam perjalanan balik ke kolej, saya terjatuh di atas jalan berhampiran Kolej 13. Nasib baik ketika itu, tiada orang yang melalui jalan tersebut dan saya terus bangun dan pulang ke kolej. Sepanjang perjalanan pulang ke kolej, saya ketawa seorang diri apabila terkenangkan perkara itu. Keesokan hari, saya menceritakan perkara tersebut kepada teman sebilik dan mereka tegelak terbahak-bahak sebaik sahaja saya berceritakan tentang itu. Sehingga hari ini apabila saya ingat balik kejadian itu, automatik saya akan tergelak seorang diri Kejadian itu masih segar dalam ingatan saya dan cerita ini saya tak dapat lupakan sampai bila-bila.

Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Nenek dan Datuk


Sinopsis Cerita Sosial 1

Cerita ini mengisahkan Alim dan kelurganya yang pulang ke kampung halaman sebelah ibunya di Kajang. Alim berasa tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana dia ingin bermain dengan ayam dan itik milik datuk dan neneknya di kampung. Sebaik sahaja sampai di kampung, Alim terus ke reban untuk mencari ayam dan itik. Apabila melihat ketiadaan ayam dan itik milik datuk dan neneknya, Alim terus menangis sehinggalah neneknya datang dan membawanya ke reban yang baharu. Setelah puas, Alim masuk ke dalam rumah dan terus menangis apabila melihat perubahan yang berlaku dalam rumah sehingga menimbulkan rasa sedih kepada keluarganya. Walau bagaimanapun, telatah Alim telah mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mereka semasa di kampung.

(Cerita ini dipetik daripada: Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi) 

Jenis multimedia yang boleh digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial ialah:

   1. Facebook
Setiap orang mempunyai akaun Facebook dan pembaca boleh mengikuti laman penulis untuk mengetahui setiap ”posting” yang dibuat oleh penulis. Hal ini sekaligus cerita ini boleh tersebar dengan pantas kerana pembaca boleh berkongsi cerita tersebut dengan orang lain.

   2. Instagram
Penulis boleh memulis cerita sosial dilaman Instagram bersama-sama gambar yang menarik untuk menarik hati pembaca. Hal ini demikian kerana, pembaca gemar membaca bersama-sama gmabar yang sesuai. 

   3. Twitter
     Penulis boleh menghasilkan cerita sosial ini dalam bentuk bebenang (thread). Pembaca boleh ulang kicau (retweet) cerita berkenaan untuk dikongsikan bersama orang ramai.
   4. Blog
Blog merupakan medium penulisan yang bagus untuk menyebarkan cerita sosial. Hal ini demikian kerana, blog boleh diakses oleh orang ramai dan ia lebih bersifat terbuka. Pembaca boleh berkongsi cerita berkenaan dengan orang lain dan sekaligus membutkan penulis ingin menghasilkan banyak cerita sosial.

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Dalam penulisan blog, terdapat 10 etika yang harus di patuhi oleh penulis. 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), menyenaraikan 10 etika menulis blog iaitu:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca 
Blog merupakan platform untuk menyebarkan cerita dan momen yang baik untuk menarik minat orang untuk membaca cerita penulis. Tajuk merupakan perkara utama yang perlu penulis menitikberatkan untuk menarik minat pembaca untuk mengunjungi blog penulis. Tajuk haruslah menarik dan sekaligus dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca "posting" di blog. Tajuk merupakan mukadimah untuk sesebuah "posting" diblog dan ia perlu menarik untuk menarik minat pembaca untuk terus mengunjungi blog penulis.

2. Cerita menarik yang mendapat menarik hati pembaca
Selain daripada tajuk yang menarik, penulis juga perlu menceritakan cerita yang menarik dalam blog untuk menarik hati pembaca. Ia perlu seiring dengan tajuk dan cerita yang akan diceritakan dalam blog. Cerita tersebut boleh jadi diari harian atau sebuah cerita namun penulis perlu mengolah "posting" tersebut untuk menyediakan sebuah cerita yang menarik sekaligus dapat menarik minat pembaca untuk terus mengikuti cerita-cerita diblog penulis.

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Penulis perlu menggunakan ayat yang humor untuk untuk mencuit hati pembaca dan menampakkan cerita itu lebih santai dan tidak terlalu formal. Pembaca lebih suka penulisan yang lebih santai dan tidak terlalu serius apabila mereka membaca blog. Hal ini demikian kerana, pembaca inginkan pembaacan yang santai dan humor apabila membaca blog. Sekiranya penulis menggunakan ayat yang formal dan serius, lebih pembaca membaca surat khabar kerana penulisan suarat khabar tidak mempunyai elemen humor dan jenaka. 

4. Memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Penulis juga perlu memastikan hujah yang ditulis dalam blog merupakan hujah terbaik yang bagus. Walaupun penulisan dalam blog ini merupakan penulisan santai dan humor, namun setiap hujah yang dilakukan oleh penulis mestilah yang terbaik dan mengandungi sedikit informasi berguna untuk pembaca. 

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Penulis blog juga boleh kaitkan isu semasa yang melanda negara seperti keadaan jerebu yang melanda negara ke dalam blog. Hal ini akan menampakkan bahawa penulis merupakan seorang yang peka akan isu semasa dan berita terkini yang berlaku. Walaupun ia sekadar informasi selingan namun ia boleh menjadi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penulisan dalam blog bukanlah penulisan rasmi dan formal. Para penulis boleh menggunakan ayat  dan perkataan yang ringkas dalam blog. Blog merupakan medium untuk penulis menceritakan pengalaman, kenangan dan ia seharusnya lebih santai dan ringkas dan tidak memeningkan kepala pembaca apabila membaca blog nanti.

7. Dapat dibaca dan fahami.
Setiap cerita yang tulis oleh penulis mestilah boleh dibaca dan difahami oleh pembaca. Hal ini kerana pembaca lebih suka membaca bacaan yang santai dan ringan apabila mengunjungi blog. Sekiranya penulis ingin menulis tentang cerita jenayah, penulis mestilah menggunakan istilah-istilah yang pembaca biasa mendengarnya.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Penulis juga dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui ruangan komen yang disediakan diblog. Pembaca boleh memberikan pendapat atau komen agar penulis dapat meningkatkan mutu penulisannya dalam blog. Ini merupakan komunikasi yang harus berlak dalam blog. Hal ini demikian kerana, penulis boleh meningkatkan mutu penceritaan dalam blog pada masa akan datang.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
Setiap penceritaan yang ditulis dalam blog mestilah mempunyau moral dan estetikannya. Semua orang boleh menulis, tetapi bukan semua orang mempunyai kemahiran menulis yang bagus. Cerita akan menjadi hambar dan kosong jika moral dan nilai estetikanya tiada. Penulisan itu akan membuat cerita itu menjadi kosong dan tidak bermakna.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Setiap penceritaan yang ditulis dalam blog mestilah mempunyai ilmunya tersendiri. Penulis tidak perlu menulis "posting" yang berkaitan dengan bidang ilmu tetapi penulis boleh menyebarkan ilmu melalui cerita yang ditulisnya. Hal ini penting kerana setiap penulisan yang dibuat oleh penulis akan dihitung kelak, jadi seeloknya penulis menulis cerita untuk menyebarkan ilmu serta memberikan kesedaran kepada orang ramai.

Tuesday, September 17, 2019

BBM3401Satu2019: SAYA FAHAM

Lagu & Lirik: Profesor Dr. Normaliza Abd Rahim
Hak Cipta: Universiti Putra Malaysia

Saya Faham

Saya kata "Apa khabar"
Dia jawab "Khabar baik"
Ucapan untuk dia
Ucapan untuk saya

Selamat pagi, tengah hari, petang, malam
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih
Sama-sama
Untuk dia
Untuk saya

Terima kasih 
Sama-sama
Untuk kita
Untuk mereka

BBM3410Satu2019: DIRI

Assalamualaikum semua

Nama saya Nurul Amirah Aishah Binti Osmira. Saya berasal dari Kelantan dan tinggal di Pekan Pasir Mas. Umur saya 23 tahun. Saya sekarang belajar di Universiti Putra Malaysia dalam jurusan Bacelor Sastera (Bahasa Dan Linguistik Melayu). Saya mempunyai lima orang adik beradik dan saya merupakan anak pertama dalam keluarga saya. Selama 7 semester saya berada universiti, saya tinggal di Kolej 15 tetapi sayangnya Kolej 15 telah bertukar menjadi Kolej 12. Namun saya redha dengan pertukaran itu.

Saya suka mendengar lagu dan membaca novel. Saya mula membaca novel semasa berumur 10 tahun. Novel pertama yang dibaca oleh saya ialah Kasih Yang Suci dan sejak daripada itu, saya mula meminati novel Melayu. Namun sayangnya buat masa sekarang, saya mempunyai kekangan masa untuk membaca novel. Hal ini demikian kerana, saya sedang menyempurnakan Projek Ilmiah Tahun Akhir. Selain daripada membaca, hobi saya juga ialah mendengar lagu. Lagu kegemaran saya buat masa sekarang ialah "Another Day" yang menjadi lagu tema drama korea iaitu Hotel Del Luna. 

Berada di semester akhir, saya mulai belajar untuk redha dengan semua dugaan yang pernah terjadi dalam hidup saya. Prof juga berpesan kepada saya untuk redha kerana apabila kita redha, kita akan lebih ikhlas untuk membuat sesuatu pekerjaan. 


Sometime Good Sometime Not

Aduhaii.. acano la ehh.?? Sometimes okay la duk sini.. Sometimes rasa nk quit je.. T.T