Monday, September 23, 2019

BBM3410Satu2019: Etika Penulisan Blog

Dalam penulisan blog, terdapat 10 etika yang harus di patuhi oleh penulis. 

Menurut Normaliza Abd Rahim (2014) dalam Norein Mansor & Normaliza Abd Rahim (2019), menyenaraikan 10 etika menulis blog iaitu:

1. Tajuk yang menarik yang boleh menarik perhatian pembaca 
Blog merupakan platform untuk menyebarkan cerita dan momen yang baik untuk menarik minat orang untuk membaca cerita penulis. Tajuk merupakan perkara utama yang perlu penulis menitikberatkan untuk menarik minat pembaca untuk mengunjungi blog penulis. Tajuk haruslah menarik dan sekaligus dapat menarik minat pembaca untuk terus membaca "posting" di blog. Tajuk merupakan mukadimah untuk sesebuah "posting" diblog dan ia perlu menarik untuk menarik minat pembaca untuk terus mengunjungi blog penulis.

2. Cerita menarik yang mendapat menarik hati pembaca
Selain daripada tajuk yang menarik, penulis juga perlu menceritakan cerita yang menarik dalam blog untuk menarik hati pembaca. Ia perlu seiring dengan tajuk dan cerita yang akan diceritakan dalam blog. Cerita tersebut boleh jadi diari harian atau sebuah cerita namun penulis perlu mengolah "posting" tersebut untuk menyediakan sebuah cerita yang menarik sekaligus dapat menarik minat pembaca untuk terus mengikuti cerita-cerita diblog penulis.

3. Masukkan ayat yang humor dan berbentuk jenaka untuk membuatkannya lebih menarik.
Penulis perlu menggunakan ayat yang humor untuk untuk mencuit hati pembaca dan menampakkan cerita itu lebih santai dan tidak terlalu formal. Pembaca lebih suka penulisan yang lebih santai dan tidak terlalu serius apabila mereka membaca blog. Hal ini demikian kerana, pembaca inginkan pembaacan yang santai dan humor apabila membaca blog. Sekiranya penulis menggunakan ayat yang formal dan serius, lebih pembaca membaca surat khabar kerana penulisan suarat khabar tidak mempunyai elemen humor dan jenaka. 

4. Memastikan terdapat hujah yang terbaik untuk menghuraikan penulisan anda.
Penulis juga perlu memastikan hujah yang ditulis dalam blog merupakan hujah terbaik yang bagus. Walaupun penulisan dalam blog ini merupakan penulisan santai dan humor, namun setiap hujah yang dilakukan oleh penulis mestilah yang terbaik dan mengandungi sedikit informasi berguna untuk pembaca. 

5. Kaitkan penulisan anda dengan berita terkini.
Penulis blog juga boleh kaitkan isu semasa yang melanda negara seperti keadaan jerebu yang melanda negara ke dalam blog. Hal ini akan menampakkan bahawa penulis merupakan seorang yang peka akan isu semasa dan berita terkini yang berlaku. Walaupun ia sekadar informasi selingan namun ia boleh menjadi ilmu yang bermanfaat kepada pembaca.

6. Gunakan perkataan dan struktur ayat yang ringkas.
Penulisan dalam blog bukanlah penulisan rasmi dan formal. Para penulis boleh menggunakan ayat  dan perkataan yang ringkas dalam blog. Blog merupakan medium untuk penulis menceritakan pengalaman, kenangan dan ia seharusnya lebih santai dan ringkas dan tidak memeningkan kepala pembaca apabila membaca blog nanti.

7. Dapat dibaca dan fahami.
Setiap cerita yang tulis oleh penulis mestilah boleh dibaca dan difahami oleh pembaca. Hal ini kerana pembaca lebih suka membaca bacaan yang santai dan ringan apabila mengunjungi blog. Sekiranya penulis ingin menulis tentang cerita jenayah, penulis mestilah menggunakan istilah-istilah yang pembaca biasa mendengarnya.

8. Dapat berkomunikasi dengan pembaca.
Penulis juga dapat berkomunikasi dengan pembaca melalui ruangan komen yang disediakan diblog. Pembaca boleh memberikan pendapat atau komen agar penulis dapat meningkatkan mutu penulisannya dalam blog. Ini merupakan komunikasi yang harus berlak dalam blog. Hal ini demikian kerana, penulis boleh meningkatkan mutu penceritaan dalam blog pada masa akan datang.

9. Masukkan moral dan nilai estetika dalam penulisan anda.
Setiap penceritaan yang ditulis dalam blog mestilah mempunyau moral dan estetikannya. Semua orang boleh menulis, tetapi bukan semua orang mempunyai kemahiran menulis yang bagus. Cerita akan menjadi hambar dan kosong jika moral dan nilai estetikanya tiada. Penulisan itu akan membuat cerita itu menjadi kosong dan tidak bermakna.

10. Berilmu untuk penulisan pendidikan.
Setiap penceritaan yang ditulis dalam blog mestilah mempunyai ilmunya tersendiri. Penulis tidak perlu menulis "posting" yang berkaitan dengan bidang ilmu tetapi penulis boleh menyebarkan ilmu melalui cerita yang ditulisnya. Hal ini penting kerana setiap penulisan yang dibuat oleh penulis akan dihitung kelak, jadi seeloknya penulis menulis cerita untuk menyebarkan ilmu serta memberikan kesedaran kepada orang ramai.

No comments:

Post a Comment

Sometime Good Sometime Not

Aduhaii.. acano la ehh.?? Sometimes okay la duk sini.. Sometimes rasa nk quit je.. T.T