Sinopsis Cerita Sosial 1
Cerita ini mengisahkan Alim dan
kelurganya yang pulang ke kampung halaman sebelah ibunya di Kajang. Alim berasa
tidak sabar untuk pulang ke kampung kerana dia ingin bermain dengan ayam dan
itik milik datuk dan neneknya di kampung. Sebaik sahaja sampai di kampung, Alim
terus ke reban untuk mencari ayam dan itik. Apabila melihat ketiadaan ayam dan
itik milik datuk dan neneknya, Alim terus menangis sehinggalah neneknya datang
dan membawanya ke reban yang baharu. Setelah puas, Alim masuk ke dalam rumah
dan terus menangis apabila melihat perubahan yang berlaku dalam rumah sehingga
menimbulkan rasa sedih kepada keluarganya. Walau bagaimanapun, telatah Alim telah
mengeratkan hubungan kekeluargaan antara mereka semasa di kampung.
(Cerita ini dipetik daripada: Kajian
Wacana dan Strategi Komunikasi Teori dan Aplikasi)
Jenis multimedia yang boleh
digunakan bagi tujuan penyebaran cerita sosial ialah:
1. Facebook
Setiap orang
mempunyai akaun Facebook dan pembaca boleh mengikuti laman penulis untuk
mengetahui setiap ”posting” yang dibuat oleh penulis. Hal ini sekaligus cerita ini
boleh tersebar dengan pantas kerana pembaca boleh berkongsi cerita tersebut
dengan orang lain.
2. Instagram
Penulis boleh
memulis cerita sosial dilaman Instagram bersama-sama gambar yang menarik untuk
menarik hati pembaca. Hal ini demikian kerana, pembaca gemar membaca
bersama-sama gmabar yang sesuai.
3. Twitter
Penulis boleh menghasilkan cerita sosial ini dalam bentuk bebenang (thread). Pembaca boleh ulang kicau (retweet) cerita berkenaan untuk dikongsikan bersama orang ramai.
Penulis boleh menghasilkan cerita sosial ini dalam bentuk bebenang (thread). Pembaca boleh ulang kicau (retweet) cerita berkenaan untuk dikongsikan bersama orang ramai.
4. Blog
Blog merupakan
medium penulisan yang bagus untuk menyebarkan cerita sosial. Hal ini demikian
kerana, blog boleh diakses oleh orang ramai dan ia lebih bersifat terbuka. Pembaca
boleh berkongsi cerita berkenaan dengan orang lain dan sekaligus membutkan
penulis ingin menghasilkan banyak cerita sosial.
No comments:
Post a Comment