Tuesday, September 24, 2019

BBM3410Satu2019: Masih Di Sini


Cerita yang paling saya tak dapat lupakan apabila saya terjatuh semasa hendak pulang ke kolej semasa tahun pertama di UPM. Kebetulan pada hari itu saya terlibat dengan 2 program dalam satu hari. Program pertama saya terlibat dengan Sukan Kolej dan program kedua ialah Program Night Walk ajuran kolej di Bukit Ekspo. Setelah selesai program pertama di Pusat Sukan dalam 6.00 petang, saya terus pulang ke kolej dan bersiap-siap untuk menghadiri program seterusnya pada jam 7.00 petang. Namun, takdir tidak menyebelahi saya ketika itu apabila hujan turun dengan lebatnya padaa petang itu. Pada pukul 7.10 petang, saya dengan berat hati meredah hujan lebat untuk menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa pendaftaran program tersebut. 

Pada pukul 7.30 malam, peserta program mula membanjiri Bukit Ekspo untuk menyertai Program Night Walk. Setelah hampir sejam menguruskan bahagian pendaftaran peserta, saya terpaksa pulang ke kolej untuk menukar seluar kerana seluar saya terkoyak terkena buju meja. Saya memberitahu Zu yang saya terpaksa pulang untuk menukar seluar dan akan datang kembali selepas menukar seluar. Dalam perjalanan balik ke kolej, saya terjatuh di atas jalan berhampiran Kolej 13. Nasib baik ketika itu, tiada orang yang melalui jalan tersebut dan saya terus bangun dan pulang ke kolej. Sepanjang perjalanan pulang ke kolej, saya ketawa seorang diri apabila terkenangkan perkara itu. Keesokan hari, saya menceritakan perkara tersebut kepada teman sebilik dan mereka tegelak terbahak-bahak sebaik sahaja saya berceritakan tentang itu. Sehingga hari ini apabila saya ingat balik kejadian itu, automatik saya akan tergelak seorang diri Kejadian itu masih segar dalam ingatan saya dan cerita ini saya tak dapat lupakan sampai bila-bila.

No comments:

Post a Comment

Sometime Good Sometime Not

Aduhaii.. acano la ehh.?? Sometimes okay la duk sini.. Sometimes rasa nk quit je.. T.T